• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

Pertandingan Kemahiran PPE (Elektrik)

Pertandingan Kemahiran PPE ini telah diadakan pada 19 April 2012 (Khamis). Program ini diadakan di Bengkel Pemasangan Elektrik 1 Fasa (M1F).


Melalui program yang telah dijalankan, para pelajar dapat mempelajari proses pertandingan berlangsung. Di mana, sebelum pertandingan kemahiran berlangsung, pelajar di beri masa untuk berlatih selama 2 minggu. Sepanjang tempoh latihan pelajar di selia oleh seorang pensyarah bagi membantu dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pendawaian elektrik.

Semasa proses penyeliaan, penyelia dapat melihat tahap minat dan bakat pelajar dalam pertandingan kemahiran. Dengan ini, pensyarah dapat mengenalpasti pelajar yang berketrampilan dan berwibawa untuk menyertai memasuki Pertandingan Kemahiran Malaysia. Di samping itu juga, pelajar didedahkan dengan kriteria-kriteria penilaian pertandingan samada Pertandingan Kemahiran Peringkat Kolej atau Kebangsaan.

Oleh yang demikian, dengan adanya program sebegini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan Pertandingan Kemahiran samada proses sebelum atau semasa pertandingan. Ini membuka laluan dan minda pelajar bagaimana membuat persediaan diri bagi memasuki pertandingan kemahiran.

Program Pertandingan Kemahiran PPE ini ternyata memberi impak yang positif kepada para pelajar terutama dalam menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan pertandingan kemahiran. Diharap agar program seperti ini dapat dilaksanakan lagi bagi tujuan memberi pendedahan yang lebih jelas kepada pelajar mengenai kriteria-kriteria penilaian dan peraturan dalam pertandingan. Secara tidak langsung, ini dapat membantu pelajar dalam membuat persediaan diri jika ingin memasuki pertandingan kemahiran.








Filed Under: ,

Penulis: Syamsul

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply