• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

Kejohanan Futsal MASKOM Selangor

Kejohanan futsal MASKOM Selangor telah dijalankan pada 7 April 2012 lalu bertempat di Ole Futsal, Zetcom Business & Sport Centre, Sabak Bernam. Kejohanan ini telah mendapat penyertaan daripada buah 7 pasukan dari 5 Kolej Komuniti Wilayah Selangor.

Johan, naib johan dan tempat ke-3 berjaya direbut oleh KKHL (Hulu Langat), KKKL (Kuala Langat) dan KKSY (Selayang). Pasukan KKSB pada awalnya berjaya mengikat KKSY 1-1 sebelum berjaya membelasah pasukan staf 6-0 dan berjaya mejuarai kumpulan B. KKSB terpaksa mengalah kepada KKHL pada perlawanan separuh akhir apabila tewas dengan jaringan 0-2.



Perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4 telah diikat dengan keputusan seri 1-1 sebelum KKSY berjaya menang menerusi sepakan penalti ke atas pasukan KKSB. Sekali lagi, kekurangan perlawanan persahabatan mungkin menjadi punca kepada kurangnya daya saing dikalangan pemain KKSB.

Majlis Penutup telah dirasmikan oleh bekas Pegawai HEP KKKL, Hj Zulkifli bin Abdul Rahman yang kini menjawat jawatan KJPSH KKSB.




 

Filed Under: ,

Penulis: Buletin KKSB

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply