• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

Pameran Hasil Pelajar dan Dialog Industri unit PPE

Program Pameran Hasil Kerja Pelajar dan Sesi Dialog Bersama Industri telah diadakan pada 23 April 2012 (Isnin) lalu. Program ini telah dijalankan di Dewan Kuliah dan Lobi Kolej Komuniti Sabak Bernam.



Pameran Hasil Kerja Pelajar dan sesi dialog bersama industri ini adalah satu inisiatif Unit Program Pemasangan Elektrik (PPE) KKSB dalam memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Program seperti ini yang julung kali diadakan adalah bertujuan untuk mengasah bakat pelajar menjadi lebih kreatif dan kritis disamping mempromosikan Program Pemasangan Elektrik yang ditawarkan di kolej ini kepada sekolah-sekolah menengah yang berhampiran. Sebagai tambahan, satu sesi dialog bersama pihak industri juga akan diadakan bagi memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah selari dengan kehendak pasaran semasa.

Ia telah berlangsung dengan jayanya dan dihadiri oleh 5 buah syarikat di sekitar Selangor. Semasa program tersebut berlangsung berbagai aktiviti telah diadakan seperti pameran hasil kerja pelajar, penghakiman pertandingan kemahiran elektrik oleh industri luar dan sesi dialog bersama pihak industri.

Semasa pameran hasil kerja pelajar, mereka telah menggunakan kemahiran komunikasi dengan baik dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh masyarakat tempatan. Semasa sesi dialog bersama industri pula berbagai soalan dan isu yang telah dibangkitkan oleh pihak industri dan pelajar. Antara isu-isu yang dibangkitkan ialah disiplin semasa berada di industri, keselamatan, kehadiran, penggunaan alatan, elaun dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan di industri.

Program ini diakhiri dengan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara pihak kolej dan industri.











Filed Under: ,

Penulis: Syamsul

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply