• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

Kejohanan Sepaktakraw MASKOM Selangor

Pada 24 Mac 2012 lalu, Unit Sukan Kolej Komuniti Sabak Bernam telah menganjurkan Pertandingan Sepaktakraw sempena Kejohanan MASKOM Zon Selangor.


 
Hari kejohanan telah dimulakan dengan penggantian jadual perlawanan kerana KKHS (Hulu Selangor) tidak dapat hadir pada awal pagi. Kejohanan ini telah mendapat penyertaan daripada 8 buah pasukan dari 5 Kolej Komuniti Wilayah Selangor.

Johan dan tempat ke-3 berjaya direbut oleh KKKL (Kuala Langat), sementara Naib Johan dan tempat ke-4 pula telah diisi oleh KKHL (Hulu Langat) dan KKSY (Selayang). Pasukan tuan rumah bagaimanapun gagal menempatkan diri di dalam 4 pasukan terbaik. Ini mungkin berpunca daripada kurangnya persefahaman dan kurangnya persediaan awal pasukan tuan rumah; Menyebabkan pasukan KKSB tidak bermain pada tahap sebenar mereka.

Bagi kategori staf pula, pasukan KKSB berjaya mencuri tumpuan dengan KKSB berjaya menduduki tempat ke-3. Johan dan Naib Johan pula telah dirangkul oleh KKKL dan KKHL. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Pengarah KKSB, En Rosli bin Idris yang turut diiringi oleh PHEP KKSB, Zainuddin Bin Hj Kasmuri.







Filed Under: ,

Penulis: Buletin KKSB

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply