• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

LATIHAN KEMAHIRAN INSTALLER IBS ANJURAN MARA

Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah bermurah hati menawarkan latihan kemahiran installer IBS bagi blok konkrit ringan pratuang kepada pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam. Seramai lapan orang pensyarah dan 44 orang pelajar daripada kursus Sijil Pelukis Pelan Senibina telah mengikuti latihan ini. 

Kursus selama enam hari ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu pada 12-17 Feb 2012 dan 26 Feb – 2 Mac 2012. Kursus teori telah diadakan di Hotel Prescott Inn, Kuala Lumpur, manakala latihan dan ujian amali di kilang Liw CON Sdn Bhd, Bandar Country Homes, Rawang. Segala perbelanjaan bagi menyertai kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak MARA.

Semasa kursus ini, para peserta didedahkan kepada konsep Industrialised Building System (IBS) yang mana merupakan satu kaedah pembinaan yang semakin mendapat tempat di negara kita. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini dapat memberi nilai tambah kepada pelajar-pelajar kita apabila mereka keluar ke alam perkerjaan kelak.

Semasa kursus ini juga, setiap peserta dikehendaki menjalani ujian amali membina struktur dinding menggunakan blok konkrit ringan pratuang. Hasil kerja peserta dinilai oleh pihak CIDB bagi dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM tahap 1). Majoriti peserta berjaya menyiapkan tugasan masing-masing mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan layak untuk dianugerahkan SKM tahap 1. Selain itu, para peserta yang hadir juga mendapat Kad Hijau CIDB. Didapati kursus ini telah berjaya membuka minda pelajar dan pensyarah terhadap teknologi pembinaan masa kini serta peluang-peluang kerjaya yang berkaitan. Pihak KKSB amat berharap kerjasama sebegini dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi pada masa akan datang.


Setiap peserta ditekankan aspek keselamatan ketika melaksanakan latihan amali. Pakaian hendaklah sesuai, wajib memakai topi dan but keselamatan.

Struktur binaan yang perlu disiapkan oleh setiap kumpulan dalam masa enam jam. Setiap kumpulan hanya terdiri daripada dua orang peserta sahaja.

Dua orang peserta sedang menyiapkan struktur dinding semasa ujian kecekapan SKM tahap 1.

Ketepatan ukuran dan kedudukan blok amat dititik beratkan semasa kerja-kerja mendirikan struktur dinding.

Laporan oleh: Nor Rusli bin Abu Bakar (Ketua Program SPS) 

Filed Under: ,

Penulis: Syamsul

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply