• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

PROJEK KEUSAHAWANAN: PROJEK RINTIS MODEL KKSB

Selaras dengan misi memperkasakan Kolej Komuniti dalam sub MKRA 1 iaitu Keusahawanan, Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) mengorak langkah dengan menwujudkan projek incubator dan E-Tech Center.

Projek usahasama di antara pihak kolej dengan Koperasi Kolej Komuniti Sabak Bernam Berhad (KKKSBB) ini mula dirancang sejak November 2009 dan dilaksanakan mulai Januari 2010.

Pihak KKSB bertindak menyediakan tempat/tapak pengoperasian manakala pihak KKKSBB mengeluarkan modal pembelian perabut dan kemudahan yang berkaitan.

Seramai tiga orang bekas pelajar Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK) terlibat dalam projek incubator ini. Mereka menjalankan perniagaan menjual makanan berkonsepkan kefeteria. Makanan dan minuman yang dijual di sini meliputi menu sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang. Antara menu yang disediakan ialah nasi lemak, nasi ayam, mee kari, kuih muih dan ice blended.

Projek E-Tech Center juga melibatkan tiga orang bekas pelajar SPK yang menumpukan dalam bidang bakeri. Produk yang dihasilkan dan dijual di pusat ini meliputi pelbagai jenis kek, kek cawan, roti, pizza, biskut, kerepek dan minuman.

Sempena Majlis Perasmian Penutup Jelajah 1Malaysia baru-baru ini, kedua-dua projek ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Abd Rahman bin Bakri, Ahli Parlimen Sabak Bernam merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Penasihat KKSB.

Pengenalan projek rintis ini menjadi langkah permulaan bagi KKSB untuk terus melahirkan lebih ramai bakal usahawan dalam pelbagai bidang.

Filed Under:

Penulis: jalani

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply