• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

EKSPEDISI JELAJAH 1 MALAYSIA: Merapatkan hubungan dengan komuniti.

SABAK BERNAM 9 0GOS- Majlis Perasmian Penutup Ekspedisi Jelajah 1Malaysia telah diadakan di medan letak kereta berhadapan Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB). Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Abd Rahman Bin Bakri, Ahli Parlimen Sabak Bernam Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat KKSB.



Terdahulu pagi sebelah pagi, YB Dato' Hj Warno bin Dogol telah sudi melepaskan (Flag-off) peserta konvoi menuju ke Dewan Sepak Takraw, Bagan Nakhoda Omar dan Dewan Orang Ramai Sungai Burung.



Ekspedisi ini dianjurkan oleh KKSB dan Bahagian Kebajikan dan Hal Ehwal Pelajar JPKK yang disertai oleh pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi. Ekspedisi ini bertujuan melahirkan peserta yang mempunyai semangat juang, daya ketahanan fizikal dan mental, keyakinan, jati diri dan nilai petriotisme yang tinggi, mengamalkan aktiviti yang sihat dan berfaedah serta mengeratkan hubungan antara pelajar IPT dan masyarakat setempat.



"Peserta konvoi ini bukan sahaja memerlukan ilmu pengetahuan tetapi mereka juga memerlukan pendedahan awal ke alam kehidupan yang sebenar. Dalam program ini, kita mengharapkan pelajar kita bersedia memberikan bantuan dan khidmat kepada komuniti yang memerlukan tanpa mengharapkan apa-apa balasan", kata beliau dalam ucapan perasmian ini.



menurutnya lagi, "penglibatan semua IPT dan semua kaum terbesar di Malaysia dapat menaikkan lagi negara Malaysia di mata dunia yang mana masyarakatnya boleh hidup bersatu dan harmonis walaupun mempunyai pelbagai agama, budaya dan adat resam selaras dengan Konsep Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Abd Razak".



aktiviti lain yang turut diadakan sepanjang perasmian penutup ini adalah pameran agensi kerajaan/swasta, ualan oleh bekas pelajar KKSB, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika, melukis poster bagi pelajar menengah dan pendidikan khas, pertandingan hasil tani (pisang tanduk berkualiti), produk makanan berasaskan ubi kayu, fotografi 1Malaysia, kursus pendek (sulaman manik, penghasilan pizza dan cetakan baju) serta kenduri rakyat.

Filed Under:

Penulis: jalani

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply