• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

Kursus Terapi Solat dan Watikah Perlantikan JPP

Sempena perhimpunan pelajar pada 2 Ogos 2011, suatu kursus/bengkel Rahsia Sains Terapi Solat telah diadakan. Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Hadi Ismail, seorang perunding prestasi diri dari Perfect Mind Resources. Pelbagai aspek telah dikupas antaranya kemujaraban ayat-ayat al-Quran dalam terapi, rahsia pergerakan solat, dan kuasa minda.

Pada perhimpunan ini juga, program Penyampaian Watikah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi Julai 2011 telah dijalankan. Perlantikan ini adalah hasil pilihanraya yang telah dijalankan pada 21 Julai 2011 lalu.

Pada perhimpunan ini juga, Pengarah KKSB, Tuan Hj. Rosli juga turut menyampaikan piala kepada para pemenang Kejohanan Ping Pong KKSB 2011. Antara kategori yang telah dipertandingkan ialah Kategori Staf Lelaki dan Perempuan dan Kategori Pelajar.

Filed Under: ,

Penulis: Syamsul

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply