MOHAMAD SHAWAL MENGHARUMKAN NAMA KKSB DI FESTIVAL FESYEN KUALA LUMPUR 2011
KUALA LUMPUR: Festival Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) 2011 yang melabuhkan tirainya pada malam 6 Julai lalu yang menyaksikan Rico Rinaldi dinobatkan sebagai Pereka Muda Terbaik yang diadakan di Actors Studio@Lot 10 Kuala Lumpur.Beliau menewaskan enam peserta akhir Anugerah Pesona Tenun Berita Harian (APTBH), pertandingan yang diadakan bagi pereka fesyen dengan sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam industri fesyen tempatan.
Lebih membanggakan lagi apabila salah seorang peserta akhir tersebut adalah pensyarah fesyen di Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB), en Mohamad Shawal bin Mustafa Kamal dengan tema rekaan Cliche. Peserta akhir lain adalah Ezuan Ismail, Fizi Woo, Firz Hafiz, Anizam Yusof dan Raja Iskardar Shazrim Shah.
Dalam pertandingan akhir ini, peserta perlu menghasilkan empat rekaan dan bebas memilih kategori sama ada kasual, santai, koktel atau pakaian malam menggunakan fabrik tajaan Euro Moda dan Gulati's dengan sentuhan Songket Melaka, tajaan Kerajaan Negeri Melaka.
Hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh tetamu kehormat, Prof Datuk Dr. Jimmy Choo OBE.
Filed Under: aktiviti , berita , kreatif dan RnD
0 comments
Trackback URL | Comments RSS Feed