PINGAT EMAS DALAM GENGGAMAN
PUTRAJAYA 12 Julai. Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dan Anugerah Pertandingan Kemahiran Malaysia ke-20 serta Pertandingan MySkills ke-5 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dirasmikan oleh YB Datuk Dr. S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia.Majlis bertujuan memberi pengiktirafan kepada para pelajar dan tenaga pengajar dalam bidang kemahiran di seluruh negara. Seramai 96 peserta berentap untuk merebut kejuaraan tersebut dalam pertandingan MySkill 2011 yang bermula 6 hingga 9 Julai lepas.
Peserta peringkat akhir bertanding dalam 15 bidang kemahiran antaranya rekaan web, kimpalan, teknologi fesyen dan teknologi automobil.
Pertandingan setiap pertandingan berpeluang mewakili negara ke pertandingan ASEAN Skill Competition 2011 di Jakarta, Indonesia dan seterusnya World Skill Competition (WSC) 2013 di Leipzig, Jerman.
Dua orang pensyarah dari Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) iaitu encik Mohd Suhalil bin Omar yang bertanding dalam bidang IT Network System Administration, telah mendapat Pingat Emas manakala encik Mohd Syamsul Arif bin Ghazalli dalam bidang Web Design mendapat Sijil Penghargaan. TAHNIAH.
0 comments
Trackback URL | Comments RSS Feed