• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

KUSPEN KKSB Murah Tapi Berkualiti


Bukan 'syok sendiri', tetapi itulah testimoni salah seorang peserta Kursus Jangka Pendek KKSB di dalam 'blog' beliau (http://www.pelbagai.com).

Harga Mahal Bukan Mencerminkan Qualiti


Saya amat berterima kasih kepada  akhabar Sinaran Harian Selangor kerana di bahagian interaktif, ada menempelkan iklan kursus jangka pendek Asas membina halaman Web bersistem di kolej komuniti Sabak Bernam. Memandangkan kursus itu dijalankan pada keesokkan harinya,  saya pun menghantar SMS bertanya samada masih ada ruang kosong untuk saya. Setelah dipastikan masih ada tempat, sekali lagi, saya menghantar SMS untuk pendaftaran.

Saya masuk ke  kelas, lewat kerana tercari-cari tempat kelas kuliah.  kelihatan di alam bilik tersebut sudah ada kira-kira 20 orang kursus, En Shamsul selaku tenaga pelajar sedang bertanya kepada peserta-peserta, latar belakang peserta dan juga apakah yang diharapkan daripada kursus ini. Mungkin pertanyaan ini perlu bagi beliau agar apa yang  beliau sampaikan mencapai objektif seperti yang perserta kursus harapkan.
Dari sessi pengenalan tersebut, saya dapati kebanyakkan mereka bukanlah warga Sungai Besar ataupun Sabak Bernam sahaja . Malahan ada yang datang kursus dari kawasan lembah klang.  Ada antara mereka telah mempunyai pengalaman dengan menjalankan kerja sambilan membuat dan mengemaskini laman web syarikat tertentu, menjalankan perniagaan Drop Ship di internet, blogger, guru dan seumpamanya.
Pada  hari pertama, kami didedahkan dengan bahasa HTML, CSS dan juga PHP. En Shamsul juga menerangkan bagaimana Web server berfungsi, Cpanel, MySQL, membuat borang di laman web serta memperolehi senarai data dari responder. Pada hari berikutnya kami diajar bagaimana membuat laman web dengan menggunakan software Dreamwaver.
Diakhir sessi kursus, En. Shamsul menasihatkan kami agar mengulangi dan membuat latihan yang telah disediakan di laman agar lebih mahir dalam menggunakan Dreamerwaver dan bahasa- bahasa yang digunakan.
Sebelum berpisah saya bersama dengan beberapa peserta kursus pergi ke resteron berhampiran untuk minum petang. Kawan saya kata,
‘Seandainya kursus ini berharga RM50.00 dan ke atas, bukan RM10.00 sehari, mungkin lebih ramai yang menyertai kursus ini.
“Kenapa pulak macam tu” Saya bertanya.
“Yelah maklumlah 10 ringgit aje, macam main-main pulak tapi hakikatnya apa yang diajar lebih baik dan lebih daripada yang pernah saya sertai lebih daripada RM1000.00 bayarannya sehari”
Kawan yang lagi seorang pun mencelah” Sepuluh ringgit tu supaya tiada alasan untuk semua golongan menyertai kursus ini, kalau RM1000.00, saya pun fikir 2-3 kali”
“Harga tu termasuk penginapan sekali tapi dia tak ajar basic jadi orang macam saya ni baru nak kenal halaman web terkial-kial, lagipun dia tak ajar macam mana web server berfungsi di belakang tabir”
“Saya amat berpuas hati dengan kursus ni” sambungnya lagi.
Saya dan beberapa yang lain pun mengangguk sebagai tanda setuju dengan pendapatnya. Tidak berapa lama kemudian setelah bertukar-tukar contact number kami pun bersurai kerana sudah lewat petang, saya perlu balik ke  Parit 2 Sungai Besar, kawan saya perlu balik ke Tanjung Karang dan kawan saya yang lagi satu perlu balik ke Serdang.
Kolej Kuminiti menyertaikan pelbagai kursus jangka pendek, namun sekiranya anda ingin menyertainya anda perlu mendaftar dan menghubungi semula kolej tersebut beberapa hari sebelum tarikh kursus kerana mungkin ada pindaan disebabkan tenaga pengajar berkursus ataupun seumpamanya.
Ikhlas Dari:-
Lutsinar (Md. Zabidi Saleh)

Secara umumnya ini hanya 1 testimoni yang kebetulan kita temui di alam siber. Ada banyak lagi testimoni di luar yang bersetuju bahawa Kursus Jangka Pendek yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti walaupun Murah tetapi sebenarnya Sangat Berkualiti! Kursus Jangka Pendek inilah yang memberikan peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menimba sebanyak mungkin ilmu untuk mengubah nasib dan gaya hidup mereka. Syabas kepada semua warga KKSB sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran Kursus Jangka Pendek! Masa hujung minggu yang anda korbankan bukanlah sia-sia, tetapi adalah pengorbanan suci demi mendidik masyarakat.

Filed Under: ,

Penulis: Buletin KKSB

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply