• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

Ekspedisi Jelajah 1 Malaysia

Kolej Komuniti Sabak Bernam dengan kerjasama Kolej Komuniti seluruh negara bakal mengadakan Ekspedisi Jelajah 1 Malaysia pada 7-9 Ogos 2010 ini. Tujuan ekspedisi ini adalah untuk mendedahkan masyarakat setempat kepada Kolej Komuniti dan mewujudkan persefahaman antara masyarakat desa dan pihak kolej.

Ekspedisi besar-besaran ini melibatkan para pelajar Kolej-kolej Komuniti dari 4 Zon iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Tengah, dan Zon Selatan. Para peserta akan berekspedisi menggunakan basikal untuk menjelajah seluruh ceruk desa sepanjang laluan tersebut dan akan berakhir di Kolej Komuniti Sabak Bernam.

Syabas diucapkan kepada Unit Sukan KKSB yang terlibat secara langsung ke atas program berprestij ini! Sebagai warga KKSB, marilah kita sama-sama menggembeling tenaga menjayakannya.

Filed Under: ,

Penulis: Syamsul

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply