Lawatan Rumah Anak Yatim
Pada 7 Mei 2011 lalu, Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) KKSB telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim, Sungai Besar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung.Selain meraikan anak-anak kurang bernasib baik ini, program ini juga dijalankan bagi membentuk sifat prihatin dan daya kepimpinan di kalangan ahli PRS KKSB. Semoga dengan lawatan ini, warga KKSB (terutama ahli PRS) akan lebih prihatin terhadap persekitaran mereka dan mampu menjadi bakal pemimpin berwibawa suatu masa kelak.
Ikhsan blog : http://missuthinkicare.blogspot.com/2011/05/7-may-2011-terindah-lar.html
Penulis: Syamsul
Berkenaan KKSB
Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Trackback URL | Comments RSS Feed