KAKITANGAN KKSB FINALIS MALAYSIA INOVATIF 2010 ZON TENGAH
13-14 NOVEMBER 2010

Karnival ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran yang kreatif dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat negeri Melaka, Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat dengan matlamat melahirkan satu InnovativeNation. Kumpulan sasaran meliputi semua lapisan masyarakat iaitu golongan OKU, wanita, belia, pelajar sekolah, komuniti, penduduk bandar dan luar bandar, penyelidik,badan bukan Kerajaan dan pihak swasta.

Walaupun ini merupakan penampilan sulung dalam pertandingan peringkat kebangsaan, rekaan beliau telah berjaya menjadi finalis dan menerima saguhati.
“Secara moral.. saya telah menang, kerana ketika karnival itu saya berdiri sama tinggi dengan peserta-peserta lain. peserta-peserta lain datang dari universiti yang mempunyai kemudahan untuk mereka bentuk produk yang berteknologi dan lebih canggih.. ini adalah satu batu loncatan untuk saya terus mereka bentuk produk inovasi...dan inovasi kita tidak perlu canggih yang penting menyelesaikan masalah yang ada dan membantu dalam kehidupan kita.” Kata En. Rosli Mat Isa, pensyarah Unit Teknologi Elektrik, KKSB.
Beliau yang juga merupakan Ketua Bahagian Penyelidikan Dan Inovasi di Kolej Komuniti Sabak Bernam berpesan kepada semua pensyarah KKSB agar turut bergiat aktif dalam penyelidikan dan inovasi.
Filed Under: berita , kreatif dan RnD
0 comments
Trackback URL | Comments RSS Feed