Rumah Terbuka Hari Raya KKSB Meriah
Pada 1 Oktober 2010 (Jumaat) lalu, Kolej Komuniti Sabak Bernam telah menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya KKSB bertempat di Business Center KKSB. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan kehadiran para staf KKSB, para pelajar, dan para jemputan dari pelbagai agensi kerajaan tempatan. Antara juadah yang telah dihidangkan adalah ketupat, lemang, satay, dan pelbagai lagi. Untuk memeriahkan lagi majlis, slot permintaan permintaan lagu Hari Raya (oleh JPP) turut dijalankan dan mendapat sambutan meriah daripada para staf dan pelajar KKSB.Penulis: Syamsul
Berkenaan KKSB
Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Trackback URL | Comments RSS Feed