• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

Undi Online - Pilihanraya Kampus KKSB

Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar KKSB sesi Julai 2010 ini bakal mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya dilaksanakan secara online. Kaedah pilihanraya secara dalam talian (online) ini juga adalah yang pertama kali dilaksanakan di Kolej Komuniti.

Sistem yang digelar e-Undi (e-Vote) ini dibangunkan dengan kerjasama unit Hal Ehwal Pelajar dan En. Badaruddin Kusni, pengaturcara web berpengalaman yang juga Ketua Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran KKSB.

Berbeza dengan kaedah tradisional, undian secara online ini adalah lebih mudah diurus, mempunyai sistem pengiraan undi otomatik, disertakan sistem semakan nama pengundi, dan mempercepatkan proses semakan nama pemenang-pemenang yang bertanding.

Syabas diucapkan kepada unit Hal Ehwal Pelajar dan En. Badaruddin atas inovasi ini! Semoga KKSB akan terus berinovasi dan lebih cemerlang pada masa mendatang.


Berikut adalah butiran berkenaan pilihanraya ini:
  • Tarikh mengundi : 2 Ogos 2010 (Isnin)
  • Tempat mengundi : Business Center KKSB

Filed Under: ,

Penulis: Syamsul

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

1 comment

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Anonymous says:

    Cayalah Che Bad...

     

Leave a Reply