PROGRAM KEUSAHAWANAN BERSAMA MARA

29 May 2012 | Baca Selanjutnya...

Minggu Peperiksaan KKSB

28 May 2012 | Baca Selanjutnya...

Jemputan Konvokesyen 2012

18 Mar 2012 | Baca Selanjutnya...
  • AKTIVITI KOLEJ

  • STAF KKSB MENYUMBANG KEPAKARAN DI LUAR NEGARA

    Pada 2 - 3 Jun yang lalu, Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kebajikan dan Disiplin KKSB, Ustaz Noorkhairan Nordin bersama pensyarah SPS, En. Muhammad Bukhari bin Othman telah dijemput untuk menyumbang kepakaran bagi mengendalikan program...

    07 Jun 2012 | Baca Selanjutnya...

  • PROGRAM KEUSAHAWANAN BERSAMA MARA

    PROGRAM KEUSAHAWANAN BERSAMA MARA akan dijalankan di KKSB pada Tarikh: 7 Jun 2012 Masa: 8.00 pagi Temapat: Dewan Kuliah dan Business Centre KKSB semua pelajar semester 4 diwajibkan hadir ke program ini. Layari http://bu...

    29 May 2012 | Baca Selanjutnya...

  • Minggu Peperiksaan KKSB

    Minggu peperiksaan telah bermula (bagi pelajar semester empat sahaja). 28 hingga 29 Mei 2012. Peperiksaan  Amali Akhir Pembangunan Diri. 30 Mei hingga 1 Jun 2012- Peperiksaan Amali Akhir Teknikal 4 hingga 6 Jun 2012- Peperi...

    28 May 2012 | Baca Selanjutnya...

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • KKSB Johan Battle of The Band FestKom 2011

    Pada 22 dan 23 Julai 2011 telah diadakan Festival Kolej Komuniti, Peringkat Kebangsaan di Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor. KKSB telah dilantik sebagai Ketua bagi Zon Selangor. Memandangkan kesibukan dari Kolej Komuniti yan...

    25 Jul 2011 | Baca Selanjutnya...

  • Program Latihan 1 Malaysia Julai - Disember 2011

    Takwim Program Latihan 1 Malaysia utuk sesi Julai - Disember 2011 telah tersedia. Program Latihan 1 Malaysia KKSB adalah Kursus Jangka Pendek yang dipakejkan dalam blok-blok kemahiran, mengambil masa 2-3 hari (yang tidak semestin...

    20 Jul 2011 | Baca Selanjutnya...

  • Kursus Asas Penghasilan Coklat

    KKSB akan menganjurkan kursus Asas Penghasilan Coklat seperti yang berikut: Tarikh: 27 - 28 Jun 2011 (Isnin dan Selasa), Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang, Yuran: RM20, Tempat: Makmal Persediaan Makanan, KKSB. Mereka yang bermin...

    24 Jun 2011 | Baca Selanjutnya...

  • INFO SUKAN

  • Kejohanan Futsal MASKOM Selangor

    Kejohanan futsal MASKOM Selangor telah dijalankan pada 7 April 2012 lalu bertempat di Ole Futsal, Zetcom Business & Sport Centre, Sabak Bernam. Kejohanan ini telah mendapat penyertaan daripada buah 7 pasukan dari 5 Kolej...

    09 Apr 2012 | Baca Selanjutnya...

  • Kejohanan Sepaktakraw MASKOM Selangor

    Pada 24 Mac 2012 lalu, Unit Sukan Kolej Komuniti Sabak Bernam telah menganjurkan Pertandingan Sepaktakraw sempena Kejohanan MASKOM Zon Selangor.   Hari kejohanan telah dimulakan dengan penggantian jadual perlawanan kerana...

    26 Mar 2012 | Baca Selanjutnya...

  • Kejohanan Ping Pong MASKOM Selangor

    Pada 10 Mac 2012 lalu, Unit Sukan KKSB telah menganjurkan pertandingan Ping Pong sempena Kejohanan MASKOM wilayah Selangor. Wakil KKSB telah dipilih berdasarkan sesi pemilihan yang telah dijalankan pada 6 Mac 2012. Hari kejoh...

    12 Mar 2012 | Baca Selanjutnya...

  • INFO TERKINI

  • Ketua Pengarah Baru JPKK

    Mulai 1 Disember 2011, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti akan diterajui oleh Encik Amir bin Md. Noor. Encik Amir yang merupakan mantan Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Politeknik akan menggantikan Mejar Prof. Dr. Kamarud...

    02 Dec 2011 | Baca Selanjutnya...

  • CIPTAAN PENSYARAH KKSB MEMENANGI PINGAT PERAK DAN

    KUALA LUMPUR- 23 Mei 2011. Buat julung-julung kalinya, dua orang pensyarah Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) iaitu En Mohd Rosli Bin Mat Isa dan En Jalani Bin Jasa telah menyertai 22nd International Invention, Innovation and Tec...

    24 May 2011 | Baca Selanjutnya...

  • Pengambilan Pelajar Baru Online (Kursus Modular)

    Pendaftaran pelajar baru Kolej-kolej Komuniti untuk Kursus Modular secara Online telah dibuka. Layari halaman http://online.bpkk.edu.my/online/eborangkk_mod/ untuk mendaftar. Mulai Januari 2011, Kolej Komuniti tidak lagi me...

    16 Nov 2010 | Baca Selanjutnya...

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • Seminar Pengajian Kolej Komuniti 2011

    Layari http://buletinkksb.blogspot.com untuk maklumat lanjut...

    13 Dec 2011 | Baca Selanjutnya...

  • Sistem e-PSH Menerima Anugerah Inovasi Terbaik KP

    PUTRAJAYA, 3 Nov :Sejajar dengan hasrat  kerajaan untuk memperkukuh bidang  penyelidikan dan inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Inovasi  bagi memartabatkan inovasi ...

    07 Nov 2011 | Baca Selanjutnya...

  • Kejayaan KKSB di PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIP

    Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Kolej Komuniti dianjurkan satu (1) tahun sekali dan penganjuran kali ini adalah yang pertama dan merupakan pertandingan peringkat kebangsaan. Pertandingan ini adalah salah satu platform bagi p...

    22 Sep 2011 | Baca Selanjutnya...

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • CIPTAAN PENSYARAH KKSB MEMENANGI PINGAT PERAK DAN

    KUALA LUMPUR- 23 Mei 2011. Buat julung-julung kalinya, dua orang pensyarah Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) iaitu En Mohd Rosli Bin Mat Isa dan En Jalani Bin Jasa telah menyertai 22nd International Invention, Innovation and Tec...

    24 May 2011 | Baca Selanjutnya...

  • Pluto bukan lagi Planet ???

    Ihsan dari : Khadijah Ismail Pensyarah Jabatan Falak , Universiti Malaya(dijahis.blogspot.com)Tentu kita semua telah belajar di sekolah dalam mata pelajaran Sains tentang planet Pluto dalam sistem suria kita. Planet adalah objek ...

    25 Jan 2011 | Baca Selanjutnya...

  • Teknologi PenulisanMata Untuk Orang Lumpuh

    Sebelum menghidap kelumpuhan, Tony Quan adalah seorang pelukis Graffiti. Dengan keadaannya yang lumpuh, beliau masih lagi berkarya menggunakan matanya dengan bantuan teknologi 'PenulisMata' (EyeWriter) yang dibangunkan secara sum...

    21 Jan 2011 | Baca Selanjutnya...

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

  • STAF KKSB MENYUMBANG KEPAKARAN DI LUAR NEGARA

    Pada 2 - 3 Jun yang lalu, Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kebajikan dan Disiplin KKSB, Ustaz Noorkhairan Nordin bersama pensyarah SPS, En. Muhammad Bukhari bin Othman telah dijemput untuk menyumbang kepakaran bagi mengendalikan program...

    07 Jun 2012 | Baca Selanjutnya...

  • Salam Ramadhan 1432H

    Selamat menempuh Ramadhan 1432H buat semua warga KKSB. Penuhi Ramadhan dengan amal ibadah dan kerendahan hati. Hiasi puasa dengan amal-amal wajib dan sunat. Jangan lupa berzakat; Jangan melewat-lewatkan solat. Sempena bulan turun...

    01 Aug 2011 | Baca Selanjutnya...

  • Kenapa Tak Rogol Saya?

    Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Keb...

    23 Jul 2010 | Baca Selanjutnya...

Petikan Akhbar: Transformasi Kolej Komuniti

Pengukuhan Semula Kolej Komuniti: Satu Tindakan Yang Betul...

Oleh ROZAID A. RAHMAN (MStarOnline)

Papar artikel asal


PADA 14 Julai baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan program pengukuhan institusi kolej komuniti.

Sebelum majlis pelancaran ini dilakukan, proses untuk memecahkan pentadbiran dan pengurusan kolej komuniti dengan politeknik telah dibincang dan diperhalusi di peringkat pengurusan tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sebelum ini jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti. Kenapakah jabatan ini dibahagi dua?

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menggariskan hala tuju dan perancangan KPT untuk sepanjang tahun ini telah menyebut tentang rancangan untuk mentransformasikan kolej komuniti.

Hasrat ini dicetuskan atas dua perkembangan utama: pertama, pemisahan pentadbiran kolej komuniti daripada politeknik sebagai satu langkah untuk memberikan fokus kepada kedua-dua institusi yang sama pentingnya dari segi sumbangan mereka kepada pembangunan negara; dan kedua, berdasarkan perkembangan ekonomi negara dan global yang menuntut kepada inisiatif-inisiatif yang dapat menyumbang kepada perkembangan modal insan, kedudukan sosio-ekonomi masyarakat setempat dan kesejahteraan mereka, serta seterusnya membawa kepada lonjakan ekonomi negara.

Langkah pertama yang diambil ialah dengan memecahkan Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti menjadi dua jabatan. Yang baru dinamakan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). Dan langkah kedua yang diambil ialah pengukuhan semula kolej komuniti yang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Usaha yang dilaksanakan ini merupakan satu permulaan positif ke arah mentransformasikan kolej komuniti sebagai peneraju komuniti berilmu dan berkemahiran yang akan menjadi aset penting kepada pembangunan negara. Agenda mentransformasikan masyarakat kita kepada masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan adalah penting bagi menentukan negara mampu menghadapi cabaran dan persaingan di peringkat global.

Mengukuhkan Institusi

Bersesuaian dengan konsep penubuhan kolej komuniti itu sendiri sebagai wadah yang memenuhi keperluan masyarakat setempat, kolej komuniti diharap dapat memainkan peranan tersebut secara signifikan dan efektif.

Dengan kekuatan 42 buah kampus induk dan 21 buah kampus cawangan di seluruh negara, hasrat tersebut boleh dicapai dengan jayanya. Kita melihat pada hari ini, beberapa faktor menyumbang kepada keperluan pengukuhan institusi kolej komuniti.

Pertama, sudah wujud kesedaran universal di kalangan tenaga kerja sendiri akan keperluan dan kepentingan untuk mereka meningkatkan kemahiran dan ilmu secara berterusan jika mereka mahu peningkatan dalam kerjaya mereka termasuk pendapatan.

Dan, bukan semua individu di kalangan kita mempunyai inklinasi akademik yang tinggi. Pada masa yang sama, bukan semua lepasan sekolah akan berpeluang masuk ke universiti sejurus tamat persekolahan menengah. Ini bermakna, pelajar-pelajar lepasan menengah ini akan memasuki pasaran kerja tanpa ada apa-apa kelulusan atau kemahiran asas. Maka di sinilah terletaknya peri pentingnya kolej komuniti.

Peluang Kedua

Kini, melalui program dan kursus-kursus tertentu yang akan diperkenalkan bakal memberi peluang kedua kepada golongan ini disamping menyumbang kepada peningkatan diri dan merealisasikan perkembangan kemahiran bagi golongan yang sudah bekerja.

Program pengukuhan yang dilancarkan ini memperkenalkan, antara lain usaha inovatif yang mana pelaksanaan kurikulum adalah secara bermodular. Melalui inisiatif ini, sesuatu sijil kemahiran yang diikhtiraf pada tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2 dan 3 boleh diperolehi dalam masa antara 3 hingga 6 bulan sahaja, berbanding tempoh pengajian 2 tahun sebelum ini.

Penawaran program melalui mod ini akan menjimatkan masa pelajar yang berminat dan hanya mahu mengkhusus dalam bidang tertentu menurut keperluan dan pilihan mereka sahaja serta membolehkan pelajar tersebut mendalami aspek pengkhususannya sehingga mempunyai kemahiran secukupnya yang akan membolehkannya menyertai dunia pekerjaan dengan kadar yang lebih cepat.

Usaha ini juga menawarkan pembelajaran yang fleksibel, di mana terdapat peluang untuk terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi, jika itu yang diingini pelajar. Jangkamasa latihan yang singkat juga bermakna ramai yang akan dapat mengikuti program ini.

47 Kursus Dalam 9 Sektor

Kini terdapat 47 jenis kursus modular ditawarkan oleh Kolej Komuniti di seluruh negara yang merangkumi 9 sektor iaitu (i) Servis Penyejukan dan Penyaman Udara, (ii) Akuakultur, (iii) Servis Kenderaan Ringan, (iv) Pemasangan Elektrik, (v) Penyelenggaraan Bangunan, (vi) Menyelenggara dan Membaiki Bot, (vii) Pengendalian Pelancongan, (viii) Operasi Hotel dan (ix) Kulinari.

Penulis percaya, konsep kursus modular kolej komuniti ini bukan sahaja lebih praktikal dengan kehendak dan keperluan semasa tetapi juga akan menghasilkan modal insan yang berkemahiran yang akan menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat, terutamanya masyarakat setempat dan juga diri serta kerjaya individu itu sendiri.

Hal ini memandangkan kursus modular yang ditawarkan di setiap kolej komuniti adalah berdasarkan kemahiran yang diperlukan oleh sesuatu komuniti. Melalui usaha ini juga, kita berharap lepasan sekolah yang tidak berpeluang atau tidak mahu ke universiti ataupun politeknik, mempunyai pilihan lain iaitu kolej komuniti untuk mempertingkatkan kebolehpasarannya dalam pasaran kerja atau yang boleh memberinya peluang untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara.

Adalah dianggarkan setiap tahun, lebih 100,000 orang lepasan SPM memasuki pasaran kerja tanpa latihan kemahiran. Golongan inilah yang patut menjadi sasaran utama program Sijil Modular Kebangsaan ini.

Tahniah KPT dan syabas kepada Prof. Madya Kamarudin Kassim, Ketua Pengarah JPKK serta seluruh pegawai dan kakitangan kementerian. Mereka telah membuktikan bahawa birokrasi bukan penghalang untuk melakukan transformasi.

Gambar ikhsan : http://kkkba.wordpress.com

Filed Under: ,

Penulis: Syamsul

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply