Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Rumah Rehat Pelajar
Pada 22 Julai 2010 (Khamis) lalu, penghuni Rumah Rehat Pelajar (Rumah Koperasi) yang majoritinya adalah pelajar kemasukan baru, telah menganjurkan satu majlis bacaan Yasin & doa selamat. Majlis ini diadakan sempena kemasukan mereka ke penginapan baru ini dan sebagai majlis ramah mesra bersama pensyarah.Antara aktiviti yang dijalankan adalah Solat Maghrib & Isyak secara berjemaah, bacaan Yasin & Tahlil, serta jamuan makan. Majlis tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Noorkhairan dari unit Pengajian Am.
Penulis: Buletin KKSB
Berkenaan KKSB
Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Trackback URL | Comments RSS Feed