• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

STAF KKSB MENYUMBANG KEPAKARAN DI LUAR NEGARA

Pada 2 - 3 Jun yang lalu, Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kebajikan dan Disiplin KKSB, Ustaz Noorkhairan Nordin bersama pensyarah SPS, En. Muhammad Bukhari bin Othman telah dijemput untuk menyumbang kepakaran bagi mengendalikan program pembangunan remaja Islam di Madrasah Masjid Ar-Raudhah Bukit Batok, Singapura.



Program selama dua hari satu malam itu dihadiri oleh para pelajar seramai lebih empat puluh orang dari peringkat Thanawi dan Pengajian Al-Quran Lanjutan madrasah tersebut. Pengisian program kerohanian membantu peserta untuk membangun kesedaran dan pengetahuan berkaitan hala tuju dan matlamat hidup sebagai seorang Muslim.

Pihak penganjur daripada Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah amat berbesar hati dengan sumbangan yang telah diberikan oleh staf KKSB. Mereka turut bercadang untuk melaksanakan program lanjutan bagi kesinambungan program pembangunan sahsiah remaja yang telah dilaksanakan. Tahniah kepada staf KKSB.





Filed Under: , ,

Penulis: Buletin KKSB

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply