• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

Kejohanan Ping Pong MASKOM Selangor

Pada 10 Mac 2012 lalu, Unit Sukan KKSB telah menganjurkan pertandingan Ping Pong sempena Kejohanan MASKOM wilayah Selangor. Wakil KKSB telah dipilih berdasarkan sesi pemilihan yang telah dijalankan pada 6 Mac 2012.



Hari kejohanan telah dimulakan oleh pertandingan perseorangan lelaki dan wanita. Kejohanan ini seterusnya disusuli oleh pertandingan beregu staf dan diakhiri dengan beregu pelajar lelaki dan perempuan.

Kebanyakkan pingat emas telah dirangkul oleh KKHL (Hulu Langat) dan KKKL (Kuala Langat). KKSB telah berjaya mendapat tempat ke-3 untuk kategori beregu pelajar. KKSB juga berjaya mencuri tumpuan apabila turut mendapat tempat ke 3 untuk kategori beregu staf.

Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh PHEP KKHL dengan iringan Pengarah KKSB, En Rosli bin Idris.



Filed Under: ,

Penulis: Buletin KKSB

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply