• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

TEAM BOWLING KKSB TERUS UNGGUL


Pada 27 November 2011, Kolej Komuniti Sabak Bernam telah menghantar lima pasukan untuk menyertai pertandingan bowling sempena Karnival Mini Olimpik 2011 yang diadakan di Bukit Beruntung Golf & Country Club, Rawang, Selangor. Acara yang dianjurkan oleh KK Hulu Selangor ini, dibuka kepada umum iaitu tidak terhad kepada kolej komuniti wilayah Selangor sahaja. Sebanyak 22 pasukan telah menyertai pertandingan ini antaranya KK Sabak Bernam, KK Kuantan, KK Hulu Langat, UPSI, PERODUA, MDHS, TEAM INFRA dan lain-lain.

Dalam acara berpasukan yang terdiri daripada empat pemain, pasukan KKSB1 yang diwakili oleh En. Nor Rusli bin Abu Bakar, En. Muhammad Zaim bin Abdullah Hasim, Pn. Haryati binti Baharuddin dan Pn. Nur Alyani binti Mohamed, telah berjaya mendapat tempat ke-4 keseluruhan dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1713 mata. Pasukan KKSB1 juga telah berjaya mengatasi pasukan-pasukan kolej komuniti lain dari segi kiraan mata apabila tiga tempat teratas didominasi oleh pasukan-pasukan luar.

Bagi acara individu, lapan peserta yang mengumpul jatuhan pin tertinggi sekali lagi berjuang untuk merebut hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga. Satu-satunya peserta dari kolej komuniti yang berjaya terpilih ke peringkat ini ialah En. Nor Rusli bin Abu Bakar. Persaingan semakin sengit apabila masing-masing menunjukkan bakat dan kemahiran yang diadili secara sistem kalah mati. Pada peringkat suku akhir, En Nor Rusli telah berjaya menewaskan wakil daripada UPSI dan disusuli dengan kemenangan tipis ke atas wakil daripada Perodua di peringkat separuh akhir. Namun begitu di peringkat akhir, En Nor Rusli terpaksa akur dengan kehebatan pemain Team Infra, Pn Norhayati, yang merupakan seorang pemain berpengalaman.

Secara amnya, dapat dilihat KKSB telah berjaya melahirkan ramai bakat-bakat baru dalam sukan bowling terutamanya di kalangan kakitangan akademik. Penyertaan KKSB kali ini juga turut menunjukkan peningkatan dari segi skil dan ketahanan emosi serta keyakinan diri para peserta apabila bersaing dengan pasukan-pasukan luar kolej komuniti. Diharapkan pasukan bowling KKSB akan lebih hebat dan mantap pada masa hadapan dan seterusnya menyerlah di mana-mana pertandingan yang disertai.

From:
Haryati binti Baharuddin
Pengerusi Kelab Bowling 
Kolej Komuniti Sabak Bernam

Filed Under: ,

Penulis: Buletin KKSB

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply