• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

Pilihanraya JPP Berjalan Lancar

Unit Hal Ehwal Pelajar KKSB telah mengadakan pilihanraya untuk memilih Jawatankuasa Perwakilan Pelajar baru untuk sesi Julai 2011 pada 21 Julai 2011. Pilihanraya ini menyaksikan penggunakan sistem pemilihan secara elektronik yang digelar e-Vote untuk kedua kalinya. e-Vote adalah sistem pemilihan menggunakan medium internet yang mudah diuruskan dan mudah dicapai menggunakan komputer dengan sambungan internet. Penggunaan sistem ini yang didapati lebih efisyen telah memudahkan pengurusan dan perjalanan pilihanraya tanpa kos yang tinggi.

Pilihanraya kali ini menyaksikan pemilihan wakil JPP dari 3 jenis kategori: calon Umum, calon SMK (Sijil Modular Kebangsaan), dan calon Semester 4. Perjalanan pilihanraya ini telah dijalankan secara berjadual mengikut kelas dan dilaksanakan di Dewan Kuliah KKSB.

Gambar 1: Pelajar-pelajar SMK ditemani pensyarah sedang menunggu giliran

Gambar 2: Proses semakan pengundi

Gambar 3: Para pengundi dibantu oleh pensyarah bertugas

Gambar 4: Pelajar menggunakan sistem e-Vote untuk login

Gambar 5: Gambar hadapan sistem e-Vote

Gambar 6: Antaramuka pemilihan calon sistem e-Vote

Gambar 7: Para pensyarah membantu pelajar menggunakan sistem e-Vote

Filed Under: ,

Penulis: Buletin KKSB

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply