• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

KKSB Johan Battle of The Band FestKom 2011


Pada 22 dan 23 Julai 2011 telah diadakan Festival Kolej Komuniti, Peringkat Kebangsaan di Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor.
KKSB telah dilantik sebagai Ketua bagi Zon Selangor.
Memandangkan kesibukan dari Kolej Komuniti yang lain di Selangor, hanya TIGA penyertaan shj dibuat bagi mewakili Zon Selangor

1. Battle of The Band
2. Tarian Irama Malaysia
3. Nyanyian Solo

KK Selayang telah menghantar wakil untuk Nyanyian Solo dan berjaya mendapat tempat KEDUA. KK Sabak Bernam telah mengambil inisiatif dengan menghantar DUA penyertaan iaitu Tarian Irama Malaysia dan Battle of The Band

Tarian dari KKSB berjaya menduduki tempat KELIMA. Manakala Battle of  The Band berjaya menjadi JOHAN. Ini merupakan hasil dari Program Latihan 1 Malaysia yang telah dianjurkan KKSB sebelum ini. Tahniah buat semua pemenang.

Berita oleh: Suhairi Mispar

Filed Under: ,

Penulis: Syamsul

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply