Peperiksaan Akhir Sesi Januari 2011
Peperiksaan Akhir Sesi Januari 2011 akan berlangsung mulai 26 Mei hingga 10 Jun 2011 ini. Berikut adalah beberapa tips yang perlu anda (pelajar) patuhi:- Sila dapatkan jadual waktu peperiksaan daripada pensyarah kelas anda.
- Semak jadual anda dan tandakan tarikh serta masa bagi modul yang anda ambil.
- Para pelajar diingatkan supaya tiba 15 minit lebih awal untuk melancarkan perjalanan peperiksaan. Kelewatan boleh menyebabkan anda dihalang dari menduduki peperiksaan.
- Rancang perjalanan anda ke tempat peperiksaan.
- Sila bawa kad matriks dan slip peperiksaan ke dalam dewan peperiksaan.
- Pastikan handphone anda di dalam keadaan Off sepanjang peperiksaan berlangsung.
- Anda dilarang bising dan berbual-bual di dalam dewan peperiksaan.
- Jangan meniru atau memberi tiru. Jika tertangkap, anda mungkin dikenakan tindakan ulang Semester.
- Semak butiran anda dan jawapan anda sebelum menyerahkan jawapan anda kepada penjaga peperiksaan.
Filed Under: iklan
0 comments
Trackback URL | Comments RSS Feed