• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

CIPTAAN PENSYARAH KKSB MEMENANGI PINGAT PERAK DAN GANGSA DI ITEX’11













KUALA LUMPUR- 23 Mei 2011. Buat julung-julung kalinya, dua orang pensyarah Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) iaitu En Mohd Rosli Bin Mat Isa dan En Jalani Bin Jasa telah menyertai 22nd International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX'11) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), 20-22 Mei 2011 yang dianjurkan oleh Malaysian Invention and Design Society (MINDS).




Bertemakan "Reka cipta Hijau", penyertaan meliputi 14 buah negara seperti Vietnam, Korea, China, Iran, Hong Kong, Kanada, Rusia, Poland, Sri Lanka, Brunei, Taiwan, Arab Saudi, Filipina dan Malaysia. Pemamer terdiri daripada universiti, institut penyelidikan, institut pendidikan, korporat, individu, luar negara dan pereka muda.




Penyertaan pertama kali dalam ITEX'11 oleh kedua-dua orang pegawai ini amat bermakna apabila rekaan En. Mohd Rosli telah dianugerahkan dengan pingat perak manakala ciptaan en. Jalani pula memperolehi pingat gangsa.






Adalah diharapkan dengan penyertaan ini akan membuka lebih ruang dan peluang kepada pelajar dan pensyarah serta staf di KKSB khususnya dan semua kolej komuniti amnya untuk mengetengahkan ciptaan masing-masing ke peringkat lebih tinggi dan seterusnya mengkomersialkan produk tersebut.






Filed Under: , , ,

Penulis: jalani

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply