• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

KKSB JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA KOLEJ KOMUNITI WILAYAH SELANGOR 2011

Stadium Sabak Bernam bergema dengan teriakan dan tepukan gemuruh apabila nama Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) diumumkan sebagai johan keseluruhan Kejohanan Olahraga Kolej Komuniti Wilayah Selangor 2011.

Kontinjen KKSB memperolehi 10 pingat emas, 10 pingat perak dan tujuh pingat gangsa mengatasi kontinjen Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) ( 10 emas, 7 perak dan 6 gangsa), Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) (3 emas, 4 perak dan 9 gangsa) dan Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS) ( 3 emas, 3 perak dan 4 gangsa).

Lebih masis lagi apabila ratu pecut KKSB, saudari Rozaima Bt Maharuddin dinobatkan sebagai olahragawati manakala saudara Mohammad Nazim Bin Abdullah dari KKHL dianugerahkan sebagai olahragawan dalam kejohanan kali ini.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini bermula dari 11 hingga 12 Februari 2011, bertempat di Stadium Sabak Bernam. Sebanyak enam acara padang dan sembilan acara balapan dipertandingkan di kejohanan olahraga di sini melibatkan kategori lelaki dan wanita kecuali acara lompat tinggi dan lompat kijang yang melibatkan kategori lelaki sahaja.

Majlis penutup Kejohan Olahraga Kolej Komuniti Wilayah Selangor 2011 disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Warno Bin Dogol, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak. beliau turut menyampaikan hadiah utama iaitu olahragawan, olahragawati dan johan keseluruhan.

TAHNIAH KEPADA SEMUA KONTINJEN
MAJULAH SUKAN UNTUK KOLEJ KOMUNITI DAN NEGARA

Filed Under: ,

Penulis: jalani

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

2 comments

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Anonymous says:

    Gambar boleh lihat di Facebook KKSB ok :D
    http://www.facebook.com/album.php?aid=286796&id=281289673815

     
  2. faris says:

    tahniah !!!

    www.akulahfaris.com

     

Leave a Reply