TRADISI SPK DITERUSKAN
Sudah menjadi tradisi Unit Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK) menganjurkan Majlim Malam Mesra Pelajar. Tanggal 12 November 20101 yang lalu, sekali lagi majlis ini diadakan bertempat di Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) bertemakan "Glamour Night".
Majlis ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar semester 1 dengan bimbingan para pensyarah. Melalui aktiviti sebegini dapat melatih pelajar cara mengendalikan sesebuah acara.
Majlis bertujuan meraikan pelajar semester empat yang akan menamatkan pengajian di KKSB. Selain itu, bakat-bakat terpendam pelajar juga dapat ditonjolkan melalui segmen persembahan yang diadakan.
Pada majlis ini juga, keputusan Hari Inovasi SPK 2010 yang telah diadakan pada 3 November 2010 turut diumumkan.
Keputusan Hari Inovasi SPK 2010.
Keputusan Hari Inovasi SPK 2010.
Johan Keseluruhan
Pizza Chicken Black Papper
Pemenang SPK 1A
Pizza Chicken Black Papper
Pemenang SPK 1B
Roti Sandwich Serunding
Pemenang SPK 2
Bebola Udam Chesse Bersalut Serdak Roti
Pemenang SPK 4
Sate Goreng Wantan
Tahniah kepada semua pemenang.
rindunye kat kolej n sume aktiviti SPK.. best sangat.. lepas study kat KKSB. amek SPK banyak tawaran kerja yang melibatkan bidang yang dipelajari.. so,ilmu yang lecture ajar tak sia2. lepas je abes study, bulan7 dah mula bkerja sebagai lab tech kat kilang coklat kat shah alam. Network Food Ind. best juga pengalaman kerja sebagai lab tech. kat sana sye ditmpatkan kat packing development. so sume psl packeging laa.. blaja estimate carton. test pakeging bru. sape2 student yang nak amek pengalaman kat sana pun boleh. practical pun boleh. ade juga senior SPK kt sana. nama abg 2 faiz. so kenal la cik jai,pn zihan,pn syikin, pn raihan n ramai lagi laaa. Network food ind nie buat Crispy,Tudor Gold,Tango Light,Barnsberry,N macam2 lagi... Coco powder pun dari kilang ni juga.. ari2 makan coklat.. sampai jemu.. huhuhu.. yang lagi best kat packing development nie sye jadi asst s/visor. so wat monthly report, check artwork mcm nutrition fact,barcode, sume yg ade kat paking laa.. pengalam yg mahal skali dapat attnd meeting ngn managment. tp trkebil2 gak laa sbb sume speaking. phm la. nk balas tak boleh huhu. tapi kejap je pengalam 2.. pas 5bln benti. syg je. tapi sekrang dpt pengalaman baru... jadi admin cum data entry kat kilang cookies. tapi keja sye multiple tau.. sume kena tau. contohnye update halal,supervise production,purchase row material n packging,GMP,ISO,HACCP, n banyakkk lagi...pengalaman mcm nie ssh nak dapat.once join cmpany bru nie mcm2 kursus dapat join, 1st g kursus under MPC, nie kursus utk inovasi.speaker dia the famouse innvation man in malaysia. Bugs tan@uncle bugs. nie pengalaman pertama sye bcakap kat depan other company n ade antaranya org managment.N second seminar yang sye dapat join under FMM. yg nie brefing untuk GS1 system.sape2 yang ade kilang 2 better gne system nie. mudah,jimat masa untuk brurusan.nak share something.system nie juga klu sape2 yang pakai iphone ley scan barcode n tau dari mne brg tu buat.. easy right? sye cite nie brniat untuk brkongsi pengalaman n antare evident yang blaja kt kolej komuniti nie sangat berbaloi n boleh apply dalam kerjaya. terima kasih lecture yang banyak bagi ilmu. :)
Tahniah! Anda memang telah berjaya :D
semoga pelajar-pelajar SPK berjaya di masa akan datang. Ilmu yang dicurah oleh pensyarah adalah untuk masa depan anda. Ilmu itu perlu ditambah dan pengalaman bekerja merupakan ilmu yang paling berharga. Tingkatkan usaha moga berjaya.