Peserta KKSB Menang Tempat Pertama Fotografi ESER 2010
En Faiz Salleh, pensyarah unit SPS (Pelan & Senibina) telah memenangi tempat Pertama dalam Pertandingan Fotografi ESER 2010 (Ekspedisi Seni Endau-Rompin) di KK Rompin baru2 ini. Pertandingan yang dijalankan pada 22-28 Oktober 2010 ini telah disertai oleh 3 wakil dari KKSB yang masing-masing telah menyertai pertandingan fotografi dan puisi.ESER 2010 diadakan bertujuan untuk mempromosikan Kolej Komuniti sebagai hub pembelajaran bukan sahaja akademik, bahkan pembangunan sahsiah pelajar secara menyeluruh. Ia juga untuk mengetengahkan Taman Negeri Endau – Rompin sebagai satu pusat eko-pelancongan dan pelancongan seni di Negeri Pahang. ESER juga akan berusaha sedaya-upaya untuk melibatkan peserta secara aktif di dalam pemuliharaan hutan belantara dan menghargai khazanah negara untuk tatapan generasi akan datang melalui hasil seni mereka. Semua hasil karya fotografi dan puisi peserta akan dipamerkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia kelak, dan dibukukan untuk diedarkan bagi tujuan komersil dan bacaan. ESER 2010 bukan hanya sebuah pertandingan; Ia adalah merupakan program yang melibatkan mahasiswa IPT dan peserta professional di dalam satu ekspedisi yang mencabar kreativiti dan ketahanan peserta.
Gambar yang memenangi tempat pertama Pertandingan ESER 2010 |
Peserta dibawa ke Hutan Simpan Lesong menaiki kenderaan pacuan empat roda dan bermalam di dalam hutan selama dua malam. Sepanjang di dalam hutan, peserta menjalankan sesi fotografi dan mencari ilham menulis karya puisi masing-masing.
Kemudian peserta dibawa ke Kampung Sarang Tiong dan bermalam di rumah keluarga angkat selama dua malam. Peserta menghabiskan masa bersama keluarga angkat, dan menjalankan tugasan masing-masing ketika di perkampungan tersebut.
Senarai Pihak Terlibat dalam ESER 2010:
- Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
- Kementerian Pelancongan Malaysia
- Nikon (M) Sdn. Bhd.
- Serai Beach & Golf Resort, Rompin
- Chedoq Beach Resort, Rompin
- Sukan Maju Sdn. Bhd., Kuantan
- Allianze General Insurance Company
- Majlis Daerah Rompin
- Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
0 comments
Trackback URL | Comments RSS Feed