Hasil Kreatif Pensyarah & Pelajar KKSB di YODA Fashion Exploration '10
Pada 5 November 2010 lalu, KKSB sekali lagi berjaya menaikkan martabat Kolej Komuniti di mata masyarakat melalui penyertaan di dalam acara YODA Fashion Exploration '10. Acara yang diadakan dengan kerjasama Young Designers Arena (YODA) dan Persatuan Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFA) itu adalah salah satu platfom yang berguna bagi pereka-pereka muda untuk bergerak lebih jauh dalam industri fesyen.Acara yang dijalankan sempena Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia 2010 (MIFW) di Pavilion, Kuala Lumpur ini memberi peluang kepada pereka-pereka muda mengetengahkan hasil rekaan mereka dalam industri fesyen tanah air. Acara kali ini merupakan yang ke empat bagi Yoda dan yang pertama diadakan dengan kerjasama Mifa.
Pada acara ini, En. Mohd Shawal bin Mustafa Kamal (pensyarah SFP) dan 2 pelajar daripada Unit Fesyen & Pakaian, Kolej Komuniti Sabak Bernam telah diberi ruang untuk mempamerkan hasil rekaan kreatif mereka.
"CuteCarry telah melihat rekaan daripada pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam dan ternyata pelajar-pelajarnya memang berbakat! Ada sesetengah rekaan nampak sangat organik .. tiada lah nampak macam rekaan student sangat!!.." Ulas Hafiz Mustapha (CuteCarry), seorang Blogger Fesyen tanahair.Pada acara tersebut Faezah Elai, seorang selebriti terkenal tanahair telah memperagakan rekaan hasil sentuhan En. Mohd Shawal. Rekaan yang mengetengahkan tema songket ini ternyata sangat berbeza dan berjaya memberi nafas baru kepada dunia fesyen tanah air.
Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Shawal, para pelajar SFP (Fesyen), dan semua krew KKSB yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam acara YODA '10! Sumbangan anda bukan sekadar berjaya manaikkan martabat Kolej Komuniti, bahkan berjaya menaikkan nama pereka muda tanahair.
Baca ulasan blog CuteCarry
Baca ulasan dari akhbar Utusan Malaysia
Tahniah buat En. Shawal dan semua yang terlibat. Semoga lepas ini KKSB juga akan gemilang dalam rekabentuk Busana Muslimah :D
Amin...
Oit... tu yang belakon jadi Mia Oh Mia tu kan?