• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

HARI INOVASI SPK 2010: Mencungkil Kreativiti Pelajar

SABAK BERNAM 3 November- Pelajar-pelajar Program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK) KKSB menyertai Hari Inovasi SPK 2010 yang dianjurkan oleh Unit SPK sendiri, bertempat di Dewan Kuliah dan Business Centre KKSB.

Program Hari Inovasi 2010 ini merupakan salah satu agenda bagi mencetuskan daya kreativiti para pelajar bagi menghasilkan produk-produk baru yang berpotensi untuk dipasarkan.

Sebanyak 18 kumpulan bertanding bagi tiga kategori produk iaitu hasilan roti dan pastri, hasilan laut dan hasilan daging dan ayam.

Penjurian dilakukan oleh empat orang juri jemputan terdiri daripada wakil MARDI Tanjong Karang, wakil Jabatan Pertanian Sabak Bernam, wakil MHP Enterprise dan wakil Jabatan Pengajian Politeknik.

Program yang bermula jam 10.00 pagi ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada staf dan pelajar apabila ia dibuka kepada pengunjung.




























































































































































































































































Filed Under: ,

Penulis: jalani

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply