• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

Web KKSB dianugerahkan 4 Bintang

MDeC (Multimedia Development Corporation), sebuah badan yang menyelia, mempromosi dan membangunkan industri IT di Malaysia telah memberikan penarafan 4 Bintang (4 Star) kepada halaman web rasmi Kolej Komuniti Sabak Bernam untuk tahun 2010. Kedudukan ini adalah lebih baik berbanding tahun lalu di mana KKSB hanya sekadar mendapat penarafan 3 bintang sahaja.

KKSB juga berkongsi tempat ke 24 bersama-sama Kolej Komuniti Ledang dengan markah 64%, menjadikan masing-masing berada di tempat pertama di kalangan Kolej Komuniti. Ini adalah kali pertama 2 Kolej Komuniti mendapat penarafan 4 bintang berbanding tahun lalu di mana hanya Kolej Komuniti Teluk Intan yang mencapainya.

Selain Kolej Komuniti, beberapa Politeknik seperti Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Shah Alam turut mendapat penarafan 4 bintang dengan markah melebihi 70%. Secara keseluruhannya dapat dilihat banyak institusi berjaya menaikkan markah masing-masing pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Syabas diucapkan kepada unit Halaman Web KKSB yang telah bertungkus-lumus sehingga tercapainya kejayaan ini. Semoga KKSB akan lebih cemerlang dan semoga web KKSB akan berjaya mencapai penarafan 5 Bintang suatu hari nanti!

» Klik DI SINI untuk maklumat lanjut
» Klik DI SINI untuk DOWNLOAD laporan penuh

Filed Under: ,

Penulis: Buletin KKSB

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

2 comments

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Anonymous says:

    Tahniah buat semua krew Web KKSB!

     
  2. Akula says:

    Terima kasih buat semua yang membantu (secara langsung dan tidak langsung)

     

Leave a Reply