• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

Rayuan Bantuan Mangsa Banjir Pakistan

Sebagai warga yang prihatin dan penyayang, kita sewajarnya cukup peka terhadap isu-isu semasa yang sedang bermain di sekitar kita. Bencana banjir yang sedang melanda negara Pakistan sebagai contoh seharusnya telah lama membuka mata hati dan sifat keprihatinan kita untuk sama-sama membantu menghulurkan bantuan atas nama kemanusiaan dan kasih sayang.

Lebih dari 2000 orang telah meninggal dunia dan lebih dari 1 juta rumah telah hancur sejak banjir bermula. Dianggarkan bahawa lebih daripada 20 juta orang tercedera dan kehilangan tempat tinggal. Jumlah itu melebihi jumlah mangsa tsunami Lautan Hindi 2004, gempa bumi Kashmir tahun 2005 dan gempa bumi Haiti tahun 2010. Akibat banjir ini, sekitar satu per lima dari keluasan negara Pakistan telah ditenggelami air.

Ada kanak-kanak yang hanya makan sekali sehari. Ada yang hanya bersahur tanpa berbuka sepanjang bulan Ramadhan yang lalu hanya kerana kurangnya sumber makanan kerana terlalu sedikit sumbangan yang mereka terima.

KKSB melalui Unit Pengajian Am dengan kerjasama HALUAN akan mewujudkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Pakistan bagi memberi peluang kepada seluruh warga KKSB untuk turut menyumbang atas dasar kemanusiaan. Kutipan dari tabung ini akan disalurkan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) yang bakal berlepas ke Pakistan pada awal Oktober nanti atas misi kemanusiaan di Pakistan.Tabung ini akan diedarkan dari kelas ke kelas sepanjang tempoh 23-29 September 2010. Warga KKSB juga boleh terus berjumpa dengan Ustaz Noorkhairan Nordin untuk menyampaikan sumbangan peribadi ke atas tabung ini.

Buletin KKSB menyeru seluruh warga KKSB yang prihatin untuk sama-sama menderma sekadar apa yang termampu kepada warga Pakistan untuk sama-sama mengurangkan beban kesusahan yang sedang mereka alami. Sumbangan derma atau bantuan juga boleh disalurkan terus kepada salah satu dari tabung berikut:
  1. Tabung Kemanusiaan HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia)
    Nama Akaun: HALUAN
    No. Akaun: 14-023-01-002571-8   
    Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
  2. Tabung Bantuan Bencana Pakistan - Media Prima NSTP
  3. • Bank-in/Masukkan dana melalui nombor akaun Maybank 5142 7133 9000, dengan nama "Tabung Bantuan Bencana Pakistan" • Menulis cek kepada "Tabung Bantuan Bencana Pakistan" dan hantar ke: (d/a) Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Tingkat 5, North Wing Sri Pentas 3, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800, Selangor Darul Ehsan.
  4. Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia)
    melalui akaun Tabung Kemanusiaan MERCY
    Maybank di nombor 5621-7950-4126 atau
    CIMB di nombor 1424-000-6561053

    Filed Under:

    Penulis: Syamsul

    Berkenaan KKSB

    Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

    Leave a Reply