• AKTIVITI KOLEJ

  • KURSUS JANGKA PENDEK

  • INFO SUKAN

  • INFO TERKINI

  • SUDUT KREATIF & R&D

  • SUDUT UMUM & TEKNOLOGI

  • SUDUT ROHANI & MOTIVASI

FAQ MENGENAI SIJIL MODULAR DI KOLEJ KOMUNITI





Pengenalan:

Sijil Modular Kebangsaan merupakan program latihan kemahiran yang berdasarkan kepada proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat tanpa had umur, jantina dan bangsa. Dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa.

Menariknya program ini:

Latihan berasaskan pada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan.
Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan.
Berpeluang untuk mendapatkan pelbagai kemahiran melalui modul-modul yang ditawarkan.
Penilaian dilaksanakan bersama badan profesional dan agensi kerajaan.
Berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kepada mereka yang layak.
Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran.

Syarat Kemasukan:

WARGANEGARA MALAYSIA.
Terbuka kepada calon yang berumur 17 tahun ke atas. (Pesara Kerajaan / Warga Emas / Belia / Lulusan Universiti / Lepasan Sekolah)
Pekerja yang sedang bekerja juga boleh memohon.
Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakan memohon.

Tempoh Program:

Tempoh pengajian adalah TIGA (3) bulan sehingga ENAM (6) bulan bagi setiap modular.

Bayaran Yuran Pengajian:

RM 10.00 sebulan.

Pemberian Elaun:

Elaun sebanyak RM 250.00 sebulan akan diberikan kepada mereka yang layak.

Pengambilan & Permohonan:

Pengambilan akan bermula pada bulan Julai, Oktober dan Disember 2010. Permohonan dibuka mulai 28 Jun 2010.

Filed Under: ,

Penulis: Syamsul

Berkenaan KKSB

Kolej Komuniti Sabak Bernam adalah sebuah pusat pengajian tinggi awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menawarkan pelbagai kursus berbentuk kemahiran bagi memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran bagi mengubah nasib dan gaya hidup mereka.

Leave a Reply